Monday, October 6, 2008

~UnTukMu My LuRvE~

BuaT YaNg Di SaYAnGI Si janTunG HaTI,

Warkah ini khas untukmu supaya engkau tahu hanya engkau yang sehingga kini memiliki hatiku.sebagaimana katamu engkau hanya mempunyai aku...

Buat si jantung hati,
Selama perkenalan kita,memang aku pernah meminati jejaka lain namun tak sehebat minatku padamu yang akhirnya mengutip bibit percintaan antara kita,melahirkan rindu yang teramat seksa dan hebatnya.Bersyukur kepada Tuhan kerana aku dikurniai kamu....

Ketahuilah bahawa cinta ini datang dari NYA, tiada daya aku untuk melawan perasaan ini,kerana ia memang tercipta untuk menguji manusia...samada kita cekal atau tidak,maafkan aku jika dahulu aku mendustakan perasaan ini kerana aku lemah berhadapan dengan kekecewaan,kerana aku tahu kekecewaan adalah suatu keadaan yang dasyat dan menakutkan...kadangkala kerana kekecewaan yang teramat sangat membuatkan jiwa hidup tanpa hatinya...

Buat si jantung hati,
Aku faham betapa dalamnya rindumu padaku,lebih teguh berbanding rinduku.Tabahkanlah hatimu,kerana perjalanan dan perjuangan kita masih jauh,kita hanya mampu berdoa agar kita adalah milik kita.

Aku pernah berjanji pada diriku,aku tak kisah siapa diriku disisimu,kekasih atau teman biasa,tiada tempat ataupun ada,aku tetap akan menyokongmu,kerana engkau cinta ku yang terakhir,aku ingin menghargai kamu,agar aku tidak menyesal tatkala roh dan jasadku bercerai. Sekurang kurangnya aku puas dengan bantuanku.

Si jantung hati,
Tatkala engkau menangis kerana aku,aku juua turut merasai akan sakitnya perasaan itu,dan kau masih katakan itu salahmu, dan membiarkan beban yang berat di letakkan di atasmu. Perbuatanmu itu bukannya melegakan aku tetapi membuatkan aku terharu,dan ketahuilah,airmataku menitis lebih daripada kamu , kerana aku seorang wanita dan kau seorang perkasa....

Si jantung hati,
Engkau telah bertekad untuk menggembirakan aku,sayugia aku gembira walau sebenarnya aku berduka,kerana ku tahu tanpa gembiraku engkau tanpa gembiramu.Kita sebenarnya saling mendustakan duka untuk melihat kita gembira. Alangkah uniknya cinta...

Si jantung hati,
Malam ini kita menitiskan airmata lagi,atas kesilapan kita bermadah, maafkan aku yang tersalah bicara, tiada niat untuk melukakan hatimu,untuk menitiskan airmatamu,luka mu adalah luka ku,walau jarak kita menjauh, aku merasakan pedih hatimu, dan aku masih berduka atas apa yang berlaku...

Si jantung hati,
Andai tamat perjalananku disini,kuserahkan kenangan kita kepada kamu,terserahlah mahu menyimpannya atau tidak,kerana bagiku itu sudah menjadi milikmu..Ku ingin memohon seribu kemaafan buat kamu sepanjang percintaan kita,maafkan aku yang telah mencuri hatimu, maafkan aku yang merampas rindumu,maafkan aku membuatkan airmata mu menitis,maafkan aku di atas ketidaksempurnaan ku sebagai teman hidupmu....

Si jantung hati,perjalanan harus diteruskan,dalam hidup ini,ada jutaan hati yang boleh engkau miliki. Seandainya engkau masih ingin memiliki ku,ikatlah hatiku,agar aku setia bersama hidupmu...bila saja engkau memerlukan...

Terima Kasih babY kerana menjadi jantung hatiku....

===========================================
**bieLa HatI BerBIsiK:-Ku tahu kau RinDu...

2 comments:

Ungku Nor said...

err..baby awk tu ada kembor tak?
akak nak satu kalo ada..ngeh ngeh ngeh

mebby a.k.a ezza said...

hahhaha...kak nor nih...kembar xder tp klon banyak kot..muahahhahaha