Tuesday, October 14, 2008

~ConFeSsIoN!!! Its GooD To Be TruE......~

Well...hari ini terus terang aku katakan bahawa hati aku x tenang...sebab apa sebab ketenangan hati aku sedikit di ganggu..rasa rasanya if sesiapa yang sering follow teratak aku ni or maybe anynoymous yang datang singgah dari teratak2 yang lain tentu dah tahu sebab aper...aku x kisah sebenarnya coz aku redha dan pasrah saja dengan apa yang datang coz aku memang tahu risiko yang akan aku tanggung...hurmmm...rasa rasa aku lah selama aku start berblogging ni pun bukan sebab aku nak dok meniru atau berlawanan dengan sesiapa..or untuk tunjuk siapa lebih hebat...sebab sebelum sebelum ni aku pernah dok berkira kira nak menginvolved kan diri dalam upacara blogging memblogging nih..tetapi sebelum sebelum nih aku lebih sibuk dengan urusan urusan aku yang tak pernah habis so aku memang x akan ader masa untuk ini semua..lagipun pada aku life aku pada waktu itu x der aper yang menarik sangat untuk di kongsi bersama...mana tdaknya..aku lebih suka real life..aper yang pahit aku pendam yang manis aku syer dengan sahabat dan keluarga terdekat sahaja...pada aku untuk aper aku nak semua dunia tahu life aku yang lebih kurang sama jer cerita dia everyday..pada aku lah..x tahu lah orang lain..coz masing masing ada pendapat dan reason masing masing...hurmmm!!!!

"Tak elok mengeluh pesan mak dan abah aku....aper yang dah berlaku tak guna untuk di sesali...selalulah belajar dari kesilapan dan jangan asyik ulangi kesilapan yang sama..kerana hanya orang yang bodoh sahaja yang akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali...
"pesanan ini selalu terpahat dalam hati dan kepala aku..tapi ye lah kan sebagai manusia biasa yang imannya setipis kulit bawang..macamana pun tetap akan terkoyak jua..

Aku hanya manusia biasa..aku pun bukan orang yang baik sangat....ya aku mengaku aku banyak buat salah dan kesilapan sepanjang life aku ini..aku x pernah nak salahkan sesiapa sekiranya aku di hukum atas kesalahan yang aku buat..dan memang aku mengaku aku bodoh..kerana walaupon pesanan Mak dan Abah aku bawa kemana sahaja aku pergi tapi aku masih lagi buat silap..bODOH kan aku nih!!!

Aku jatuh cinta lagi setelah perkahwinan pertama aku gagal...dan aku jatuh cinta dengan seseorang yang telah pun bergelar suami orang...memang pada hakikatnya orang ketiga seperti aku akan sentisa di salahkan...orang seperti aku akan di cop dengan bermacam macam label..aku akan di benci dan dikecam oleh masyarakat sekeliling...aku sentiasa di pandang serong..aku tahu itu dan memang inilah risiko yang perlu aku tanggung sehingga sekarang...setiap perlakuan gerak geri dan aper sahaja yang aku buat di pandang serong..tak cukup sorang yang mengata..keluarga,sahabat handai,kenalan yang tahu semuanya mengecam aku...ye lah..aku yang bersalahkan..main cinta dengan suami orang...ader ke perempuan dalam dunia sekarang nih boleh terima kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka..aku???..sendiri pernah mengalami kegagalan berumahtangga tapi aku x serik..aku buat pula perkara yang sama..tetapi.....silap aku kah untuk jatuh cinta sekali lagi?? Puas sudah aku mengelak tapi ianya hadir juga....Layakkah aku melawan takdirNYA??Atau memang aku yang bersalah dan berdosa kerana mempunyai perasaan cinta dan ingin menyayangi dan di sayangi..ye mungkin sekiranya aku jatuh cinta dengan orang bujang x kan nampak obvious nya kan..tetapi kerana seseorang yang telah berkeluarga..aku di pandang macam ALIEN!!! Walaupun perasaan itu hadir tanpa di paksa dan dengan penuh ketulusan..aku tidak pernah untuk memandang harta benda..aku hanya perlukan kasih sayang..itu sahaja sudah cukup buat aku...tetapi aku tetap di persalahkan..aku bukan merampas sekadar ingin berkongsi...Cinta itu tidak salah orang yang aku cinta juga tidak pernah salah..dia mencintai aku dengan ikhlas dan tulus berserta pergorbanan....dia sedaya upaya berusaha untuk berlaku adil....namun....takdir cinta..tiada siapa dapat menhalangnya...hurmmm...

Bukan maksud aku untuk menunjuk nunjuk aper yang aku ader dan akan aku perolehi...tetapi itulah hakikat sebenar kehidupan aku sekarang..mungkin aku sengsara dan kalah dalam cinta kerana mungkin sukar untuk aku memiliki..tetapi di dalam hal lain aku lebih di permudahkan oleh NYA...SYUKUR aku kehadrat ILAHI dengan limpah rahmatnya rezeki aku memang murah tahun ini..aper yang aku cita cita kan selama 33 tahun aku hidup aku perolehi sedikit demi sedikit sekarang ini..berkat dan pertolongan ABah dan Mak aku juga..aku tak mengharap pada sesiapa pun ...mungkin orang tetap juga akan pandang serong pada aku..dan mungkin juga ada yang kata aku berlagak dan juga PENIPU!!!Biarlah aper pun anggapan mereka aku tetap hidup di alam nyata bersama sama aper yang aku perolehi sekarang ini..aku hidup bahagia dan gembira di samping anak anak dan keluarga serta sahabat tercinta....

Aku mengaku dulu aku bodoh terlalu bodoh..kerana turutkan perasaan aku tinggalkan semua..even sebenarnya..kesilapan dan dosa yang paling besar aku lakukan pada diriku,keluarga dan sahabat masih lagi dapat menerima aku..tetapi aku yang berkeras dan berdegil..aku buat anggapan aku sendiri mengatakan bahawa aku boleh hidup tanpa mereka..aku cuma mahu hidup dengan cinta ku...aku ganggu privacy orang lain..aku menyusahkan orang orang yang ikhlas sayangkan aku..walhal hakikatnya sebenarnya tidak..aku x boleh hidup tanpa mereka....lalu aku pulang juga... ke pangkuan keluarga aku..dan yang paling membuatkan aku terharu dan bersyukur mereka tetap menerima aku dengan tangan terbuka malah Mak dan Abah menadah tangan Bersyukur kepada NYA kerana aku telah sedar dan kembali ke pangkuan mereka walaupun dengan bebanan.... dan sekarang aku bahagia bersama mereka..aku bahagia dengan cinta dan kasih sayang mereka..untuk sahabat sahabat ku korang lah sahabat aku dunia dan akhirat kerana tidak pernah putus putus memberikan nasihat dan juga kata kata semangat untuk aku meneruskan kehidupan aku tanpa menjadi seorang yang selfish dan hipokrit lagi!!..

Sekarang ini kehidupan aku telah jauh berubah dan berbeza..aku lebih suka untuk meghabiskan masa aku bersama keluarga anak anak dan juga sahabat terdekat..masa aku lebih banyak di rumah dari berfoya foya di luar..aku hanya akan keluar bila bersama sama sahabat sahabat lama aku yang aku kenali dari alam sekolah rendah lagi..dan juga bersama sama adik adik dan sepupu sepupuku sahaja..itupun kami akan habiskan masa duduk melepak minum minum kutuk mengutuk sesama sendiri atapun berkaraoke di RED BOX..lebih best selamat dan tenang rasanya...waktu berkerja kami berkerja bersungguh sungguh cari duit banyak banyak untuk masa depan..then waktu enjoy kami enjoy bersama sama ..seronok kan..

Aku tidak lagi berselindung tentang identity aku..(macam yang pernah aku di kecam dlm blog seseorang) aku x kata pun setiap entry2 aku nih tunjukkan kehebatan ataupun kebaikkan aku..cuma pada aku untuk aper aku dok bercerita tentang buruk diri sendiri..x elok kan..dah sememangnya dunia siber ni semua orang tahu sekarang nih dan sesiapa yang dah lama kenal aku tahu aku ni jahat ke baik ke atau aper sahaja...tetapi dek kerana ader pihak pihak tertentu yang tidak berapa nak senang dengan kehadiran aku dalam donia blogging nih....coz ye lah aku di katakan perampas hak dia dan dia pun tahu rahsia aku so dia kata lah aku ni pura pura baik..setiap en3 aku x der yang x baik semuanya plastic..well now i should thank her so much bcoz dia dah membuatkan aku berani untuk CONFESS tentang aku today...TQ frenz....

Walapun keikhlasan dan ketulusan aku sering di salah ertikan..walapun aku cuba berkali kali untuk berbaik semula dengannya walaupun tidak rapat seperti dulu cukup sekadar sebagai seorang kawan pun tidak diterima apatah lagi bermadu...oleh itu di sini hari ini aku dengan rela hati dan dengan penuh keikhlasan menyerahkan kembali hak beliau yang beliau katakan aku yang merampasnya...walaupun cinta dan sayang aku pada HAK nya itu tidak akan pernah padam sehingga keakhir hayat ku....aku x nak cakap habis kat sini kerana takdirNYA tiada siapa yang boleh menghalangnya...jodoh pertemuan hidup dan mati semua di tangan ALLAH..aku berserah sahaja padanya...sekiranya tertulis jodoh aku bersamanya aku terima dan jika tidak pun aku pasrah kerana siapalah aku untuk melawannya...setiap yang berlaku ada sebabnya..dan sebabnya itu pasti ada hikmah di sebaliknya..aku REDHA...untuk apa aku bertekak dan berlawanan sakit menyakiti antara satu sama lain..pada aku sekarang CINTA tidak semestinya memiliki..aku akan bahagia sekiranya orang yang aku cinta itu bahagia...ini pengorbanan aku..lagipun aku x lama kat sini...aku akan pergi untuk suatu jihad yang lebih baik...cuma di sini maaf yang aku pinta kerana aku x kan pernah mendelete segala gambar gambar kenangan antara aku dan dia kerana itu janji kami..selagi memory antara kami tidak terpadam rasa cinta antara kami tetap subur...itu akan menjadi memory terindah kami...walau antara kami tiada jodoh...harap maklum.....

Jika sekiranya ader pihak pihak tertentu yang masih tidak berpuas hati atau cuba untuk menjadi batu api dalam hal ini itu hak anda masing masing..aku x kan pernah mampu untuk menghalangnya..itu antara anda dan DIA lah...yang penting nya di sini pengakuan aku ini ikhlas dan tulus..terserah anda untuk menafsirkannya...

Kat sini juga i should thanks each and everyone of u yang telah membaca en3 aku hari ini, maybe ader yang akan sampai dan menyampaikan...setiap anggapan u ols aku hargai sangat sangat...TQ so much to my USTAZ coz memberi aku motivasi dan kesedaran hari ini...(ustaz nih lah yang selalu aku pergi untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sekiranya hati aku resah gelisah...) ALHAMDULLILAH setelah buat pengakuan hati aku lebih tenang dan damai...

Esok aku akan bertolak ke KL untuk urusan aku kerja aku...(Maaf yer citer tentang tawaran kerja ini tertangguh lagi coz en3 ini lebih penting untuk menperbaiki keadaan yang keruh..coz aku x suka acara malu memalukan sesama manusia nih..sebab manusia ada akal yang boleh berfungsi dengan baik)

Wassalam...
============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-Berani Buat Berani Tanggung...Lega rasanya...DAn Aku Belajar Dari kesiLapan Sekarang Ini....AMIN

4 comments:

Ungku Nor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mebby a.k.a ezza said...

okey akak..hajat memang nak singgah seremban 2 jap coz ader kazen kat sana...ti pe2 orang roger akak okey..

risanur said...

salam mebby,
hope mebby bersabar dgn apa yg telah ditakdirkan utk mebby...jgn berputus asa...setiap manusia ada dugaannya..walaupun risa baru kenal mebby melalui dunia blog ini insya'allah setiap hubungan persahabatan akan tetap utuh w/pun ramai yg mendengki pada mebby...
turun kl tak cakap pun...kalu tak boleh kita jumpa..tu pun kalu ada rezki la...

mebby a.k.a ezza said...

TQ so much risa..sememgnya ini dugaan yang kena juga saya tempuh walaupun pahit..kita ni hidup dlm dunia mmg bnyk pro n cons nyer..saya pasrah jer..erkk saya g KL petang ni insyaallah..coz meeting esok pagi2 monink...TQ again risa 4 ur support..muahhhh......