Monday, September 8, 2008

~TEleFiLEm SaLAm SakaRatul MAut~

Ermm...semalam malam aku duk menghadap TV sambil2 melayan kerenah anak ku..memang citer ni aku tunggu-tunggu bcoz jalan ceritanyer memang menarik.Slot ni di tayangkan kat ASTRO PRIMA... Ag pun hero nyer AQASHAh aku memang suke tengok dia berlakon selain dari Hero Kegilaan ku FAHRIN AHMAD...so aku pon mengconcentratekan **ader ker word ni???hheheh...diri aku tgk citer ni..memang touching bangat....sememangnyer kemaafan itu dendam yang terindah tapi lau terlambat satu aper pun x guna...motifnya...jgn terlalu mempercayai orang even orang tu paling rapat dengan kita..dan selidik dulu sebelum buat keputusan kerana jika hakikat kebenaran yang sebenar terungkai.... sesal sudah x berguna lagi....huhuhuhu....

Telefilem ini dipilih bagi menyerikan lagi slot istimewa teleprima sempena bulan Ramadan kerana pengisian ceritanya yang begitu mendalam dan mendatangkan rasa keinsafan sinonim dengan bulan Ramadan yang dikaitkan dengan bulan kemaafan....

Salam Sakaratul Maut mengisahkan mengenai persahabatan erat sejak di zaman kolej lagi iaitu Rima, Adi dan Yus. Sejak awal lagi, Adi dan Yus masing-masing menaruh hati kepada Rima tetapi nasib menyebelahi Adi apabila dia berjaya memperisterikan Rima. Sebagai seorang rakan karib, Yus ternyata gembira dengan pilihan Rima walaupun sakit hati dan kecewa. Berita ini juga ternyata membuatkan Yus menyimpan dendam terhadap kedua-duanya. Adi percaya Yus ikhlas dalam merestui perkahwinan mereka dan menyanjung pengorbanan Yus. Kerjaya Adi menuntutnya untuk sering bertugas keluar daerah dan kerana terlalu mempercayai rakan karib, Adi memberi amanah kepada Yus untuk menjaga kebajikan isterinya. Kemesraan di antara Yus dan Rima tidak boleh disangkal lagi kerana mereka adalah sahabat karib sejak di zaman kolej lagi.
Pada suatu hari, Yus pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memperkosa Rima. Kejadian ini dirahsiakan dari pengetahuan Adi terutama sekali apabila Rima didapati mengandung. Yus dan Rima mengesyaki kandungan itu adalah benih Yus tetapi mereka buntu dalam mencari jalan untuk memberitahu perkara sebenar kepada Adi. Yus kemudiannya ditimpa bala apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya yang dahsyat sehingga menyebabkannya lumpuh. Ketika nazak, Yus didatangi mimpi yang menakutkan mengenai alam kubur.
Salam Sakaratul Maut dibintangi pelakon berbakat Nor Khiriah di samping Zul Huzaimi dan Aqasha. Telefilem ini berpegang kepada tema persahabatan dan keikhlasan.

============================================
**HuRMM**:-Aku suka citer ni....memang best giler....huhuhuhu....sekarang ALLAH nak turunkan balasan COD no CDT lagi..betul x....wallahualam....ni peringtan tuk diriku jua....

No comments: