Tuesday, September 9, 2008

~PenAnG YanG Ku RiNdu~

Huhuhu tiba - tiba ....aku terlalu rindukan Pulau Pinang....tadi aku dok sembang dengan kawan ku kat Penang....terubat lah rindu sket....so aku pun teringat lah masa first time aku jejakkan kaki aku kat penang....so aku telah di bawa ronda-ronda oleh my Baby Lurve kat Padang Kota.....so... Jika melancong ke Pulau Pinang, jangan terlepas peluang ke Padang Kota terutamanya ke Astaka Kota Selera. Di sini bukan sahaja pemandangannya menarik, malah buat mereka yang 'kaki makan' juga sudah pasti tergoda dengan pelbagai menu yang disediakan oleh para peniaga di situ.

Bagi mereka yang sedang berdiet, lebih baik melupakannya buat seketika kerana anda pasti rugi jika tidak menikmati pasembor utara yang memang sangat sinonim dengan Pulau Pinang. Selain parsembor utara yang memang lazat, para pengunjung juga boleh menikmati juadah lain yang tak kurang hebatnya. Antara yang paling popular ialah kerang bakar, sotong goreng kangkung dan char kuey tiaw. Minuman pula, anda boleh mencuba cendol pulut yang kelazatannya memang terkenal di seluruh negara.
Kalau datang ke Padang Kota memang tak sah kalau tak makan parsembor utara. Rasanya memang lazat dan lain daripada yang dijual di tempat lain. Selain itu, yang paling seronok sebab kita boleh pilih sendiri bahan-bahan yang ingin dimasukkan ke dalam pasembor yang kita makan. Ada udang, sotong dan sayur-sayuran segar.
Selain menjamu selera, di Padang Kota ini juga turut disediakan pihak kerajaan sebuah tebing yang dibuat khusus untuk para pengunjung berehat atau melakukan aktiviti riadah. Tebing tersebut dinamakan Esplanade yang membawa maksud satu tempat terbuka yang panjang yang membolehkan orang ramai berjalan bersebelahan dengan sungai atau pantai.
Sambil menyaksikan keindahan alam serta dibelai oleh deruan angin pantai yang lembut, anda pasti dapat menghilangkan tekanan kerja yang membelenggu diri anda. Bagi mereka yang sukakan aktiviti memancing, Padang Kota merupakan lokasi yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti tersebut.
============================================
**HuRMM**:-Huhuhuhu...terlior ayaq lioq tau...heheheh dulu selalu dating kat sini.....

2 comments:

Mrs. Amie said...

weeee...sedapnya tgk makanan2 cenggini...wah wah..

mebby a.k.a ezza said...

mmg pun mrs. amie...lagi2 time puasa ni kan..tp mmg sedap passembor tu tau...