Wednesday, November 26, 2008

~BiCaRa Me~

Assalamualaikum, bicara me kali ini berkisar tentang peranan takdir dan ketentuan dalam arena percintaan.Sesungguhnya setiap apa jua cerita yang tercipta dalam sejarah cinta kita adalah sesuatu yang telah di tentukan oleh yang Maha Esa.Kerana setiap zarah yang berlaku adalah dengan izinnya. Jadi untuk itu usahlah kita sesali atas apa jua yang kita lalui dan harungi dalam hidup ini. baik yang manis mahupun pahit. Begitu juga getar cinta yang kita rasa dijiwa.Kadangkala kita perlu renung seketika. Kenapa kita sukar untuk jatuh cinta. Walaupun mungkin ada yang menaruh hati pada kita dan baik hatinya ,tapi mengapa tiada getar rasa dihati kita untuknya. Namun sebaliknya,kita rasa suka,teringat dan jatuh hati pada seseorang meskipun ada yang berkata, dia tidak sepadan, tak layak bergandingan dengan kita. Tetapi hati kita tetap memilihnya dan dalam keadaan yang lebih sukar , ada diantara kita jatuh cinta pada isteri atau suami orang.Dan sukar untuk mematikan perasaan itu kerana hakikatnya perasaan cinta terbit tulus daripada hati.Ia bukan sesuatu yang kita paksa hadir dalam hidup kita. Kalau diikutkan tak ada sesiapa pun yang ingin memilih milik orang sebagai pasangan mereka. Bagi yang tak melalui pengalaman itu mungkin hanya akan menyalahkan individu yang bercinta dengan suami orang. Dengan alasan semacam tiada orang lain lagi untuk dipilih.Tetapi hakikatnya hanya yang merasai pengalaman itu sahaja mampu mengerti hakikat yang sebenarnya.Me percaya apabila cinta itu terbit dijiwa,amat sukar untuk kita usir perasaan itu pergi. Apatah lagi untuk menutup tirai cinta yang terpatri.Ini apa yang me alami di saat ini..Kerana daripada perasaan cinta itu maka akan terbitnya rasa bahagia dan gembira dalam hidup kita. Biarpun apa jua halangannya,yang pasti kita akan cuba seterbaik mungkin untuk menyelamatkan cinta kita...Atas Nama CinTA...

============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-Cinta Dalam hati...CinTa x Semestinya Memiliki...

3 comments:

en_me said...

hi akak yg jeliter ittewww.. cintan cintun gitteww

Ungku Nor said...

yang menempuhnya saja yang faham..;D

mebby a.k.a ezza said...

To en_me>>>>hehehhe cintun cintan lew...gitteww..tp mkn maggie cintan ag besh taw...ahakss..

To Kak Ungku Nor>>>Tau xper kan kak....eheksss