Tuesday, December 16, 2008

~BiSiKAn HaTi~

Segala puji bagi Allah seru sekelian alam, Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan sahabat sahabatnya.  Ya Allah Tuhan yang menyaksikan dan maha mendengar kau saksikanlah tulisan hatiku ini...
Ya Allah, KAU ampunilah aku yang telah melupakanMU selama ini padahal aku tahu KAU maha luas kemaafanmu. KAU tolonglah aku agar aku selalu mengingatiMU, selalu bersyukur kepadaMU, dan mengikhlaskan ibadatku semata mata hanya kepadaMU Ya Rahman.
Ya Allah, berapa banyak nikmat yang KAU telah berikan padaku padahal aku tahu KAU tidak memerlukan aku.  Berapa banyak durhakaku padaMU padahal aku sangat berhajat kepadaMU.
Ya Rahim, tiada sesuatupun yang dapat mengampuni segala dosaku kecuali Engkau, kau ampuni dosa dosaku. Selama ini kalau aku berdoa padaMU hanyalah semata-mata supaya kau perkenankan segala hajatku.  Aku tak pernah jujur dengan diriku sendiri apalagi kepada ENGKAU wahai TUHAN yang maha pengampun.
Ya Kadir, kenapa selama ini aku begitu bodoh meminta tolong kepada sesuatu kepada selain ENGKAU padahal aku tahu ia tidak boleh mendatangkan kebaikan atau kemudaratan padaku.  Aku begitu sombong padaMU, aku begitu yakin kepada sesuatu selainMU padahal aku tahu sebenarnya aku lebih berhajat pada Ya Allah .
Ya Allah kau dengarlah rintihan hatiku ini. Mahu saja aku menangis sepuas puas hatiku, mahu saja aku menjerit melaungkan kebesaranMU di bumi ciptaanMU ini wahai TUHAN yang maha mendengar.
Ya Allah amat pedih aku rasakan hatiku ini disebabkan kedegilan dan keegoan aku sendiri. KAU dengarlah dengupan jantungku ini.
KAU ampunilah aku, KAU ampunilah aku, KAU ampunilah aku oh..... TUHANKU.  Hanya kepadaMUlah tempat aku mengadu dan meminta pertolongan.


============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-AMPUNI AKU YA ALLAH..SeSunGGuhNYA AKU AmAT BerSyuKuR DeNGAn NIKMATMU...

No comments: