Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Thursday, October 8, 2009

~UnTuk SeSeOrAnG YaNg BerNaMa WaNiTa~

 

 
 
 
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini..
.

__,_._,___
============================================
**When My HeArt SpEaK**:-WaniTa UnTuk DiSayAnGi Dan Di KasiHi BuKan UnTuk Di SaKiTi....

Friday, August 14, 2009

~WAHAI..KAUM HAWA~

Untuk semua kaum hawa sejenis me..Me tak pasti sekiranya u ols semua ada pernah dengar ke tak lagu dari Kris Dayanti nih...me suka sangat lagu nih...memberi maksud yang sangat mendalam..oleh itu....dengarkan ok...

Hampir saja aku meragukan semua
ragu apa? aku bisa bahagia
denganmu sayang ternyata ku senang..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang..
[*]
ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
ku pantas bahagia..

dosa itu di depan mata
ku menyakiti kaum hawa
dia yang tlah lama denganmu
dan masih denganmu uh..
masih saja denganmu..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang oh..

(back to * 2X)

ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
aku juga pantas bahagia..

ku tak ingin jadi isteri yang muda
ku juga tak mahu kau lepas dia
biar saja aku yang pergi kasih
semoga kau bahagia..

Walaupun me pernah di cap sebagai orang ketiga...pemusnah kebahagiaan orang lain..namun me tetap percaya me berhak untuk merasa bahagia..dan terima kasih banyak banyak kerana pernah buat me rasa bahagia..walaupun seketika cuma..

Sekiranya ada pihak yang berasa kecil hati atau terasa am so soryy..tiada maksud untuk melukakan atau memerli sesiapa.....
============================================
**When My HeArt SpEaK**:-Ai Laikkkkkk Dis SonG....

Sunday, August 2, 2009

~SEMOGA ALYA KEMBALI PULIH~

Wahai para sahabat dan juga pembaca dan pemfollow blog me ini...maaf di pinta kerana me tidak berkesempatan nak update belog me ini adalah kerana Baby Alya berada di dalam keadaan yang amat GERING sekarang...hati me sangat lah risau dan gundah gulana..sudah 2 klinik me bawa dia termasuklah pakar kanak kanak..tetapi perubahan masih belum menunjukkan tanda tanda yang positif..I CANT AFFORD OF LOOSING HER!!!! Doa dari kalian semua amatlah me harapkan..Baby Alya tidak pernah sakit teruk selama dia dilahirkan sehingga lah saat ini sudah masuk 4 hari dia menderita..semenjak dia hampir pengsan 2 hari lepas..badan lemah sangat tiada tenaga..injection dan dan Glukos telah di beri namun dia masih LEMAH...bermula dari dehydration sehingga sekarang dia masih juga lemah dan pucat...me tak sanggup nak tengok keadaan dia macam tu...satu rumah me berduka kerana keadaan baby Alya..especially Tok Baba, Mak Tok, Tok Nyang dan kesemuanya..tak pernah lepas buat solat hajat untuk Baby Alya...semoga ALLAH menyembuhkan Baby Alya dengan segera..me toksah cakaplah..airmata ni dah sampai kering sebab me tak sampai hati nak tengok keadaan dia..dari seorang yang HYPERAKTIF jadi tersangat LEMAH..She is loosing her weight so much no energy no appetite....

Hari hari me bisik kat telinga dia "Alya please be strong...Alya anak yang tough..apa pun dugaan yang kita lalui dulu Alya berjaya tempuhi..tolong Alya be strong for ur self and mummy....Mummy rindu Alya aktif macam dulu..please Alya.." dan me percaya dia dengar dan faham....INSYAALLAH..
"YA ALLAH KAU SEMBUHKAN LAH ALYA DARI SAKIT...BIARLAH AKU YANG MENANGGUNG KESAKITAN ITU TAPI BUKAN DIA..PINDAHKAN LAH SEGALA PENYAKITNYA ITU KEPADA KU..YA ALLAH..AMIN YARABBALALAMIN..."
 
Alya..dalam keadaan lemah 60%

 
Alya ...lemah 100%

Semoga Baby Alya cepat sembuh....AMIN...

============================================
**When My HeArt SpEaK**:-YA ALLAH AKU REDHA DENGAN DUGAAN MU...

Tuesday, July 21, 2009

~QUOTES~




============================================
**When My HeArt SpEaK**:-This is what we called life.....

Wednesday, July 8, 2009

~LOVE GIVING ME INSPIRATION~

Giving up doesn't
always mean you are weak;
sometimes it means that you
are strong enough to let go.

I am a sailor,
you're my first mate
We signed on together,
we coupled our fate
Hauled up our anchor,
determined not to fail...

Love is everything it's cracked up to be.
That's why people are so cynical about it..
It really is worth fighting for,
risking everything for.
And the trouble is,
if you don't risk everything,
you risk even more.

And maybe this will end tomorrow
or 2 weeks or 4 months
or maybe even 2 years from now
but no matter when it ends
I'll never regret any of it

Love does not consist
of gazing at each other,
but in looking together
in the same direction.

The most beautiful view
is the one I share with you.

The moment may
only last a few seconds...
but the memories of it
will last a lifetime....

Where there is great love,
there are always miracles.

Love is a fruit
in season at all times.

We come to love not by
finding a perfect person,
but by learning to see an
imperfect person perfectly.

Love is all the
emotions of the world into one

Maybe love is like luck.
You have to go all the way to find it.

Love is the great miracle cure.
Loving ourselves works miracles in our lives.

Love vanquishes time.
To lovers, a moment can be eternity,
eternity can be the tick of a clock.

Photo Sharing Funny Pics Free Image Hosting
============================================
**When My HeArt SpEaK**:-its so beautiful when u have love......

Tuesday, July 7, 2009

~BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG~

Heart Images Free Image Hosting Photo Sharing

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa


Sayangi dia seadanya. Didunia ini ada perlbagai personality. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya
Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua
BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Funny Pics Free Image Hosting Heart Images============================================
**When My HeArt SpEaK**:-TeRima DiRi Ini SeADaNyA......

Friday, July 3, 2009

~TERIMA KASIH TEMAN~

Terima Kasih Untuk mu Sahabat..sebab pagi pagi morning dah buat me tersenyum dengan ini...


















TQ so much frenz...dan ini juga untuk kalian semua..love u ols...muachhh..semoga hari ini lebih baik dari semalam....

============================================
**When My HeArt SpEaK**:-TersenYum RianG....

Friday, June 26, 2009

~PERGINYA SEORANG PENGHIBUR......~


LOS ANGELES - Michael Jackson, the "King of Pop" who once moonwalked above the music world, died Thursday as he prepared for a comeback bid to vanquish nightmare years of sexual scandal and financial calamity. He was 50.
Jackson died at UCLA Medical Center after being stricken at his rented home in Holmby Hills. Paramedics tried to resuscitate him at his home for nearly three-quarters of an hour, then rushed him to the hospital, where doctors continued to work on him.
"It is believed he suffered cardiac arrest in his home. However, the cause of his death is unknown until results of the autopsy are known," his brother Jermaine said. Police said they were investigating, standard procedure in high-profile cases.

Perginya seorang lagenda....me memang minat dia dari zaman sekolah lagi..ingat lagi masa zaman sekolah tu sanggup taw kumpul duit sendiri merengek rengek ngan abah dan mak bagi pelepasan untuk tengok wayang citer dia "MOONWALKER"....all his song i like and admire...even dia banyak kontroversi namun dia tetap best!! I like....all of his song me hafal masa zaman sekolah dan muda mudi dulu...huhuhuhu... me kagum denganbeliau alhamdullilah kerana beliau pergi sebagai seorang umat ISLAM...AL-FATIHAH.....semoga roh beliau di cucuri rahmat hendaknya...AMIN

============================================
**When My HeArt SpEaK**:-AL-FATIHAH

Tuesday, June 23, 2009

~WOW!! SO HANDSOME!!~

Me dapat artikel bout dis from my kenalan...best n betul jugak kan...so who should we choose...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

 
Yang Penting Fahrin tetap ensem dan menjadi PUJAAN HATIKU!!!! Biaq pi lah orang nak kata pa pun kan... (Errkkk...tak de kena mengena langsung Fahrin ngan artikel nih) tapi memang I LIKEEEE FAHRIN!!
============================================

**When My HeArt SpEaK**:-Kategori mana ek yg bagus sebenarnyer???Hik3....

Monday, June 8, 2009

~MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI~

Sad Girl
Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali
============================================
**When My HeArt SpEaK**:-CinTA PaDa YanG SatU KeKal AbaDi



Friday, May 29, 2009

~KAWAN~





KAWAN<....

Bukan "1"
tapi bejuta.....

Bukan untuk diguna
tapi untuk dijaga......

Bukan untuk dimusuhi
tapi untuk disayangi.......

Bukan untuk sementara
tapi untuk selamanya.......

Bukan untuk dilupakan
tapi untuk diingati........

Bukan untuk ditingalkan
tapi untuk dirindui........

Bukan hanya disini
tapi dimana-mana.......

Bukan setakat ini
tapi hingga ke hujung nyawa......
============================================
**When My HeArt SpEaK**:-Terima Kasih TeMan....

Friday, May 8, 2009

~No Love like a Mother's Love~



There is no love, like a mother's love,
no stronger bond on earth...
like the precious bond that comes from God,
to a mother, when she gives birth.

A mother's love is forever strong,
never changing for all time...
and when her children need her most,
a mother's love will shine.

God bless these special mothers,
God bless them every one...
for all the tears and heartache,
and for the special work they've done.

When her days on earth are over,
a mother's love lives on...
through many generations,
with God's blessings on each one.

Be thankful for our mothers,
for they love with a higher love...
from the power God has given,
and the strength from up above.

To ols mom out there...HAPPY MOTHER'S DAY to ols of you....
============================================
**Namun Ku Punya Hati**:-I LOVE YOU SO MUCH MOM....MUACHHH!!!

Monday, May 4, 2009

~SaaT KAU MenYuKaI SeSeORaNG~


*Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.
*Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
*Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
*Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
*Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
*Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…
*SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
*SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
*CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”
*SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik dan menawan.”
*SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
*CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
*Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mahu lagi bicara padanya.
*Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
*Pada saat orang yang kau CINTA menyakitimu, kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan.”
*Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
*Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
*Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…
*SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
*SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
*CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimana keadaanmu.
*SUKA adalah hal yang menuntut.
*SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
*CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

============================================
**Namun Ku Punya Hati**:-HATI Ini..walaupun telah dilukai..namun diri ini tabah jua menghaDaPi....

Monday, April 13, 2009

~KenAPa SAyA SaYanG FaMilY SaYA~



Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

============================================
**Namun Ku Punya Hati**:-I lOve My FaMilY So Much...TQ MaK N AbAh...

Friday, April 10, 2009

~Is It truE LovE is HuRt~



Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

============================================
**Namun Ku Punya Hati**:-LovE Hurts But To be loved Is WonDerFuLL.......

Wednesday, March 4, 2009

~SeNyUm JerK La Eh~

 "kalau rasa nak tersenyum baca la ...                                     
senyum je la......   

Peribahasa:Lembu punya susu, Nestle dapat nama.                                       
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita 
pun, last last, boss jugak yang dapat nama. Apakan tidak, kat dalam       
management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.  

Peribahasa: Melepaskan batuk didalam lift.                                 Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Jangan lah tempat awam yang ter-enclosed. Besar nya hamlau!  
 Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.                       Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje. 
Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.                                                                   
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.                    

Peribahasa:Sepandai -pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.                                                             
 

Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu lah selalunya tak bagus..                                                                   
                                                                           
Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.                           Maknanya: Macam mana nya hensem ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak  jaga, kuning-berkarat, jangan lah eksen kental nak tackle pompan. Geli-geman di buat nya.                            


Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?       
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...                                        Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.                 Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg    muler-muler memfofularkan dia.                      
Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain                               Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check  betul-betul, mesti ader sorang lagi...... kat bawah ke....kat tengah  ke...tengah baring ke....                                         Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk                                   Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak.......bro! !!! 
Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano-
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.                           
Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.              Maknanya: maknernyer . . maknernya... ......... . Jgn nak tersengeh2 kat depan PC. Pi ah buat keje...muahaha. .CHOWWWW. ."              ============================================
**Namun Ku Punya Hati**:-Eheksss..ehekssssssss...ehekss..........

Friday, February 20, 2009

~Dah PaKai BeDaK BanYAk - BanYAk CaNteK X~

 

petikan dari paper utusan malaysia....

nasib la me ni tak suke pakai bedak dari azali lagi.

Bedak talkum undang maut?

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Eiiiiii.....seeerrraammmm kan....

Makanya..marilah kita beramai ramai menggunakan bedak sejuk lebih selamat dan environment friendly...huhuuhuhh



============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-Pakai losyen  n moisteriser pun dh ok per...

Monday, February 2, 2009

~LoVe resPeCt~


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…
============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-CinTa Itu SuaTu PengHormatan.......

Sunday, February 1, 2009

~PeNguBaT LaRa HaTi~


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .

Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak , pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Wassalam
============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-Ku UbaTi LukaKu Sendiri..........

~My LoVe MeSsAgE~


Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.
Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man.
It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and an day to love someone… but it takes a lifetime to forget someone.
It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you.
If love is the answer , can you please repeat the question?
Faith makes all things possible. Love makes them easy. I believe that to truly Love, is the ultimate __expression of the will to live. A heart that truly loves is forever young.
Love makes life so confusing, but without love would you really want to live?
Do you love me because I am beautiful or am I beautiful because I am loved?
Love me now, love me never, but if you love me, love me forever.
Three things of life that are most valuable - Love, self-confidence & friends.
To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.
Love is like heaven, but it can hurt like hell.
Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?
He taught me how to love, but not how to stop.
Of all forms of caution, caution in love is the most fatal.
We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.
Many a young lady does not realize just how strong her love for a young man is until he fails to pass the approval test with her parents.
Is it better for a woman to marry a man who loves her than a man she loves.
Give her two red roses, each with a note. The first note says ‘For the woman I love’ and the second, ‘For my best friend.’
A good marriage is like a casserole, only those responsible for it really know what goes in it.
No one is perfect until you fall in love with them.
Love, true love, is that which can give the most without asking or demanding anything in return.
Where there is love, there is God also. ~ Leo Tolstoy ~
All, everything that I understand, I understand only because I love. ~ Leo Tolstoy ~
Love cures people — both the ones who give it and the ones who receive it. ~ Dr. Karl Milnage ~
One word frees us of all the weight and pain of life: That word is love. ~ Sophocles ~
It is wrong to think that love comes from long companionship and persevering courtship. Love is the offspring of spiritual affinity and unless that affinity is created in a moment, it will not be created for years or even generations. ~ Khalil Gibran ~
When they asked me what I loved most about life, I smiled and said you. ~ Tina ~
Just because you know someone doesn’t mean you love them, and just because you don’t know people doesn’t mean you can’t love them. You can fall in love with a complete stranger in a heartbeat, if God planned that route for you. So open your heart to strangers more often. You never know when God will throw that pass at you. ~ Heather Grove ~
Love… What is love? Love is to love someone for who they are, who they were, and who they will be. ~ Chris Moore ~
Why do you say you love me, if you are only going to leave me? ~ Julia ~
;Love is like a river, always changing, but always finding you again somewhere down the road. ~ Kelly Elaine ~
Love is a language spoken by everyone , but understood only by a heart. ~ Shirley Rindani ~
People need love even when they don’t deserve it. ~ Nikki Ledbetter ~
For every word you say, another piece of my heart you take. ~ Tiara Johnson ~
Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one came along you’d be thankful. ~ Andrea Kiefer ~
Love the heart that hurts you, But never hurt the heart that loves you.
Love me for a reason, let the reason be love.
It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason!
Love is the beginning of all the joy which nature has store for us.
Never say goodbye when you still want to try. Never give up when you still feel you can take it. Never say you don’t love a person when you can’t let go. ~ Dons ~
============================================
**biLa HatI BerBIsiK**:-I LoVe U N ForeVa Do...NoThIng GoNna ChangEd mY LoVe For U...